kenapa?
Wednesday, March 2, 2011 ϟ 7:50 PM
Belum punyai ikatan yang sah, tapi beraksi macam dah bernikah.Pada aku, rasa macam sedikit menjengkelkan. *Sorry siapa yang terasa.
Mak aku pernah cakap "kalau time couple lelaki tuh pernah tangankan kita, apetah lagi time dah berkahwin nanti, duduk sebumbung? Tak mustahil lagi teruk boleh kena =.='
Aku tulis entri ni sebab baru borak-borak dengan roomate + extra roomate pasal ni. Ada seorang nih katanya dia gaduh dengan BF sampai BF dia tampar dia. Tapi OK dah pulak. Dah couple balik.
Aku tahu, kalau bercinta takda salah faham tak sah, sebab yang dah berkahwin pun kadang-kadang ada perselisihan faham antara dua pihak. kan?
Tapi baru bercouple dah pandai nak pukul-pukul awek ni apehal? Astagfirullah! Kalau kena kat aku, sure takda maaf bagimu lah! Hello, my dad sendiri pun tak pernah tampar aku. Haha. Ok dah, teremo sekejap. Minta dijauhkan dari benda-benda macam ni.
Yang perempuan pun, kalau sayang sangat kat lelaki tu pun, tak payah la rela sangat untuk dipijak-pijak. Tak payah nak berlembut sangat, sebab maruah kita perlu dijaga.
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”
Serious ouh, lepas aku dengar cerita kawan aku ni, aku rasa macam nak jumpa je lelaki tu. HAHA! Yang dia ni pun, lembut sangat. >.<*
Kalau kena kat aku, tak mustahil aku takkan terima balik that guy. Akan kembali bersama jika satu je, iaitu JODOH. Kalau dia jodoh kita, kemana kita pergi pun, satu masa akan bersatu juga.
Kadang-kadang kita terlebih usaha mencari jodoh nak yang perfect je, tak sedar sebenarnya jodoh depan mata kita. Stop mencari kerana janji Allah itu pasti. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, vice versa. Untuk mendapatkan yang terbaik kita perlu terlebih dahulu memperbaiki diri kita. :) - peringatan kat diri sendiri!
Entri ni tak tuju kat siapa-siapa pun, hanya sekadar perkongsian & renungan untuk semua.
takyah couple, kahwin je terus nanti. nak kahwin umur 25 tahun nanti. hoho. target2!