n f n m



Nice to meet you :).
Please inform me to follow you back ok.

Entry
Who am I?
Exchange links


Break the silence!



Credits


All rights reserved ®
Follow me on TWITTER :)


Older Posts → | ← Newer Posts

Mengingati kematian menginsafi diri
Monday, November 22, 2010 , 9:50 PM
Salam alykum!

Al-fatihah. . . .
Disedekahkan untuk arwah nyang Su yang pulang ke rahmatullah pagi tadi. Semoga arwah ditempatkan dikalangan ahli syurga dan mendapat rahmatNya. . .

Pagi tadi around 11am, telefon kat rumah berdering. Maktok yang angkat, and telinga aku pulak tertangkap patah perkataan yang maktok cakap "Innalillah . . . . . . "

Dalam hati terdetik, siapa pula yang meninggal ni?

Dah habis call tu maktok pun cakap "Tok Su minah teluk Kemang meninggal dunia". Kebumi lepas asar.

Mak tok pergi awal lepas solat zohor. Mak cakap nak pergi lambat sikit. I was like nak pergi ke tak. Kira nyang Su ni saudara terdekat la. Raya aidilfitri 2010 ni yang last time aku jumpa and salam dia. Kira pukul 3.30pm aku pun ikut mak aku pergi nak ziarah. Sampai je kat Teluk Kemang, tengok dah ramai anak,cucu,cicit arwah berkumpul. Aku pula, erhh segan kot. =.='

Sampai kat rumah, mayat tengah dimandikan. Aku pun pergi menyelit masuk rumah. Ramai gak ar. Aku pula duduk betul-betul depan tikar untuk letak mayat lepas dimandikan. Omigosh! Cepat-cepat aku pergi tempat jauh sikit. Seram pula. Heheh!

Btw, aku dapat la tengok proses kafankan jenazah perempuan. Tengok dari jauh je, sebab ramai sangat. Aku ni jenis tak boleh tengok orang menangis. Nanti secara automatic air mata waa pun boleh keluar. Huhuhu.

Khusyuk aku tengok cara makcik-makcik kafankan jenazah tu. Dalam hati aku terdetak and aku pun terfikir.

KEMATIAN kita wajib ingat, kan? Bagaimanalah cara aku menghadap sakaratulmaut? Allah, kita sering sangat LUPA tapi kadang-kadang sengaja buat lupa barangkali? Yelah asyik sangat dengan perkara duniawi.

Ajal maut itu semua kerja Tuhan. Bila fikirkan "kematian" rasa kecut perut.
Bila difikirkan balik, banyak sangat dosa dibuat. Ya Allah ampunkan dosa-dosa ku! :(

*Nyang Su meninggal dalam tidur mungkin. Sebab dia meninggal kat rumah dia. Time dia pergi tu takda siapa pun berada dekat dia. Maktok cerita selalunya pukul 9, akan ada salah seorang anaknya yang pergi hantar sarapan but today terlewat pulak pergi hantar. Around pukul 11 pagi dorang pergi jenguk, tengok-tengok nyang dah takda. So tak tau the exactly time bila nyang hembuskan nafas terakhir

and one more thing, aku dapat tahu yang nyang ada cakap kat salah seorang anak dia "Aku ternampak yang zainal panggil aku". Semua orang like macam biasalah orang dah tua, khayalan dia bagai.

Tapi kita tak sedar yang sebenarnya arwah dah bagi hint! arwah zainal tu which I called tok teh ialah menantu nyang. Dia pergi menghadap ilahi baru je lebih kurang 40 hari. Time tu aku kat segamat lagi.

sesungguhnya . . . .

menziarahi orang meninggal dunia dapat menginsafi diri, lagi pula tengok proses kafan sampailah dibawa ke kubur. Cuma tak dapat lihat cara bacaan talkin.


sekarang trend kahwin awal eh? Nak kahwin jugak lah! Abang hensem dan kachak lagi menawan sila pinang saya! sebelum itu pastikan anda boleh mengaji, boleh jadi imam, dapat terima saya dan ibu bapa saya dan juga bertanggungjawab ok! ;)