n f n m



Nice to meet you :).
Please inform me to follow you back ok.

Entry
Who am I?
Exchange links


Break the silence!



Credits


All rights reserved ®
Follow me on TWITTER :)


Older Posts → | ← Newer Posts

specs vs contact lens
Monday, May 21, 2012 , 2:29 PM
bukan aku punya. belas ihsan google la

Siapa kat sini rabun? *angkat tangan sendiri =.= *


Saja je tangan nak menaip harini. Hewhew. Topik kita harini specs vs lens. Siapa suka pakai specs? Siapa suka pakai lens? :D Pada aku? err dua-dua aku prefer. Sebab dua-dua ada kebaikan dan keburukan.

Aku start pakai specs err time tu umur 15 tahun and now aku 21 tahun. kira dah 6 tahun jugak. Rabun tu tak teruk sangat kanan 200, kiri 175. Siapa yang mata elok lagi tu sila jaga bebaik. TAK BEST pun sebenarnya pakai specs ni. Serious. Tapi ada yang tak rabun tu saja menggedik nak pakai specs sebab katanya nampak bergaya. =.= Kau tukar mata dengan aku sekarang please. Orang yg rabun taknak pakai specs, yang tak rabun nak pakai. Oh manusia memang tak reti bersyukur. Huhu.

Specs. Kira-kira tak silap aku dalam masa 6 tahun ni, ada 5 specs aku buat. Hihi. Tak pernah hilang, tak pernah patah just masa sekolah dulu dalam surau ada budak terpijak time aku tengah solat. grrr. geram. sampai senget specs, oh sedih.

For me, pakai specs ni lebih selamat berbanding lens :). Takda kena iritation semua tu. Tapi aku rasa bagi lelaki ok je kalau pakai specs. Sebab perempuan pakai tudung, kalau pakai specs nanti tudung jadi kembang. Time nak beli specs tu penting, kena pandai pilih matching ke tak nak pakai dengan tudung. Lagi-lagi kalau someone tu suka pakai shawls. Rasa macam huduh je pakai specs dengan shawls. Ops sorry. :p

So kebaikan specs adalah sukahati kau nak pakai bila-bila masa sahaja :). Tidur pun boleh. Tapi sebaiknya time tidur kena buka, lagi-lagi siapa tidur ganas k. Kang bebangun tengok specs dah jadi spok. Haha. Tapi kadang-kadang aku ni pun terlupa. =.=

and keburukan dia tu kat atas dah cakap yg pasal tudung.. Susah ke nak jaga? for me, totally not. Tak susah la, cuma jangan careless je. Pepandai la jaga, masing-masing dah besar kan. HAHA. Kalau mcm aku jalan jauh-jauh mesti kena bawa casing dia sekali. Lagi satu, kalau dah buka tu letak tempat senang nak cari, jangan jd mcm aku suka letak rata-rata lepas tu menggelabah cari. Dah la rabun memang macam apa. -.-



Lens. Lens ni kira-kira nak 2 tahun lebih jugak aku pakai. Reason aku pakai? Sebab dulu suka pakai shawls. HAHA. :D

Meh sini share first time aku nak pakai lens. Siapa duduk PD tau la kat mana kedai dr Toh. Before start pakai tu dia check dulu mata aku, dia pakaikan lens. Lepas tu baru dia ajar acano nak pakai lens dengan betul and cara penjagaan. Complicated? Memang pun. First time pakai depan dr. tu tangan menggigil. Yela sebab nak masukkan something dalam mata. Hee. Dalam masa seminggu jugak aku ambil masa nak sesuaikan pakai lens. 10 minit k nak pakai. Yela tak terror lagi. Sekarang dah terror. Bangga jap. HAHA.

Masa aku mula-mula pakai doktor tu cakap untuk hari pertama 1 jam je, 2nd day 2 jam sampai la hari kelapan, 8 hours. Lens paling lama dalam mata pun 12 jam. Tapi mata confirm rasa letih and kering. So aku nasihatkan before nak pakai lens kena ada orang ajar semua tu. Sebab mostly ada kawan aku dia beli dia pandai-pandai pakai sendiri takde pulak macam aku kena 1st day pakai 1jam je. Sebulan aku pakai, pergi check mata balik.

Bukan apa tau, lens ni kadang bahaya. Ada kawan aku pernah cakap "jieha kenapa aku pakai 1st time mata aku berair." Mungkin cara pemakaian dia salah, lens tu tak bersih or so on. Bahaya nanti mata boleh kena infection or iritasi. So far, selama aku pakai ni alhamdulillah tak kena macam tu. :) Lens nak pakai kena pandai jaga.

Some facts :-
* Sepanjang aku pakai lens tak pernah pakai warna warni, selalu pakai colourless.
* Setakat ni lens tak pernah gerak sana-sini dalam mata. Ada tu pakai lens bergerak mungkin sebab tidur or mata kering.
* Aku pernah tidur using lens pun about 15 mins. :D Please jangan tiru. HAHA.
* Pakai lens kadang tu mata cepat letih and kering. Lagi bila dalam aircond, so kena pakai ubat titik khas dia. Ada je jual.
* Kadang pakai lama-lama boleh membuatkan rasa pening. Itu kena kat aku, kat orang lain tak tahu la.

nak prac I dont think so boleh tahan pakai lens untuk jangka masa yang lama. Wuuu. :( Nak beli specs macam betty la, nerd sikit. Kihkih.